Seorang anggota kumpulan Abu Sayyaf (ASG) terbunuh manakala dua askar Filipina cedera dalam dua pertempuran berasingan di pedalaman wilayah Sulu.
Ahli ASG yang terbunuh dikenal pasti sebagai Rhudymar Habib Jihiran, salah seorang pengikut Mudzrimar Sawadjaan, suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes-kes jenayah rentas sempadan terutama sekali di zon selamat Timur Sabah (ESSZone).